Tuesday, 28 February 2012

AJAIBNYA TANGAN IBU...


Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
...
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Monday, 27 February 2012

Satu Pernebangan yang Pasti :D

CikNur suka kata2 dri Ustaz Haji Mohd Zainal Mohd Khamis ni..

Bila kita akan berangkat dari alam dunia ini, ianya ibarat satu penerbangan ke sexual negara lain IAITU ALAM KUBUR DAN ALAM AKHIRAT

Dimana maklumat penerbangan ini tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan TAPI MELALUI AL-QURAN DAN AL-HADITH

Apa yang menariknya penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya IANYA ADALAH PERCUMA

Jangan risau penerbangan ini delays atau sebagainya IA BERANGKAT DAN TIBA TEPAT PADA MASANYA

Jangan bimbang tetnag tempahan tiketnya IANYA TELAH DITEMPAH SEJAK KITA DALAM RAHIM IBU LAGI

Jangan bimbang siapa yang akan duduk di sebelah kita KERANA KITA HANYA SEORANG DIRI

Dimana penerbangan ini bukannya melalui MAS, Air Asia atau Air Jordan TETAPI KENDERAAN JENAZAH

Dimana pasport kita bukannya pasport Malaysia, British atau Indonesia TETAPI AL-ISLAM

Dimana visa kita bukan sekadar 6 bulan TETAPI SELAMA-LAMANYA

Dimana baju yang kita pakai bukanya berjenama TETAPI KAIN KAPAN BERWARNA PUTIH

Dimana pewanginya bukan lagi Dunhill, Echanter TETAPI AIR MAWAR DAN MINYAK ATAR

Dimana destinasi kita mendarat bukanya KLIA atau Jeddah International TETAPI TANAH PERKUBURAN

Dimana bekalan kita bawa bukannya beg seberat 23Kg TETAPI AMAL IBADAT

Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik beraircond, VIP atau VVIP TETAPI BILIK 6 KAKI DALAM 3 KAKI LEBAR DAN GELAP GELITA

Dimana pelayannya bukan lagi pramugari yang cantik jelita dan pegawai imegresen, pihak polis atau kastam TETAPI MUNGKAR DAN NANGKIR

Dimana ia akan memeriksa samaada layak ke destinasi yang diidamkan bukan lagi Disneyland, Paris, London TETAPI SAMA ADA KE SYURGA ATAU NERAKA

SUDAHKAH KITA BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI!!
IA DATANG TANPA AMARAN HANYA MENUNGGU KEHADIRAN IZRAIL

:D

Tanda2 Akhir Kematian Kita

Tahun pas CikNur da tengok 1 cite drama ni..
tjuk cite tu "100 Hari Kematian" kat RTM1 sempena raya haji kot.., hero drama ni Zulhuzaimi.. best la cite ni... dalam mase setahun tu, 2kali cite ni ditayangkan,.
CikNur citekan serba sedikit ye...

Tanda 100 hari ( 3 bulan 10 hari) sebelum hari mati
Ini tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun, semua umat Islam akan mendapat tanda ni cuma bezanyer dalam keadaan sedar mahupun tidak..Tanda Ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.. Getaran ini akan hilang setelah seseorang itu sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau dihanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap. Bagi yang sedar kehadiran tanda ini akan, mengambil peluang untuk memanfaatkan untuk mempersiapkan diri untuk bekalan ke akhirat.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita, antaranya mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan mereka yang terpilih akan berasa sedikit bingung. Adapun malaikat maut cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah atau kesakitan di mana orang sakit yang tidak mahu makan secara tiba-tiba ianya berselera untu makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati
Pada ketika ini terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita. Ketika ini juga, mata hitam tidak akan bersinar dan nagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya akan terlunjur perlahan-lahan akan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar, akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir hari kematian
Berlaku keadaan akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, kita hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 "Sesungguhnya Mengingati Mati itu Adalah Bijak"

Ambil dari petikan buku Kursus by Uztaz Haji Mohd Zainal b. Mohd Khamis

 Selamat Beramal :)

Sunday, 26 February 2012

Jenazah??? Mayat????

Arghhhhh!!!!!!!!!!
Dah la CikNur seorang yang lemah semangat... :(
CikNur terpaksa hadapi semua tu.....
nape plak???
Sebab........... CikNur.......
Hadiri KURSUS PENGURUSAN JENAZAH hari ini...
Anjuran Kelab Balai Islam KK9.. hehehehe

CikNur memang nak masuk sangat... Walaupun tahu diri ini seorang yang lemah semangat tapi gagahkan juga.. :)
Sebab nak tambahkan ilmu dan pengetahuan CikNur...
Nanti CikNur boleh berjasa pada mak, abah, adik2, sedara-mara, dan I/Allah pada seluruh muslim dan muslimat...
Tak sia-sia CikNur hadir, banyak ilmu yang CikNur dapat.. semoga CikNur dapat amalkan..

Sesi pagi cuma sebagai penerangan je, not bad la.. tapi mate ni nak terlelap gak la hehehe..
Sesi petang tu yang best sebab da praktikal, tapi CikNur takut..
Ustaz yang mengendalikan kursus ni cakap, semua ahli kene rase jadi mayat... sebelum tu kami semua telah dibahagikan kepada 11 kumpulan..

TIDAK MUNGKIN!!!!!!!!!!!!!!!!
tapi kan... sorang2 jd mayat, mule2 cema belajar kafankan je... pas 2 suh masukkan dalam keranda plak..
Pergh.. mantap la, makin kuat badan ni menggigil... pas ketua suh CikNur plak jd mayat, tapi CikNur mintak maaf sangat2 la, coz memang xkuat... huhu...
Jadi terlepas.... :)
Kursus ni mule kul 8.30 pagi dan berakhir kul 5.00 petang..
Alhamdullilah, ari ni CikNur dapat tamabahkan ilmu sedikit...




"INGAT MATI ADALAH SATU TUNTUTAN"

Friday, 24 February 2012

Meja Study ku :D

Malas nak tulis banyak,
tengok jela sendiri kat bawah ni...
tapi jangan terkejut dan pengsan plak ye.... he3


ni jadual kuliah CikNur tuk sem ni : D





ni la meja study CikNur.. kemas kan... macam2 ada... he3
ade lagi stok makanan tapi letak tempat tersorok la.. t lau tunjuk tkejut plak he3....

Nak tengok bilik CikNur?????
hahaha... xpayahla, t pengsan plak hehehe....
t lau CikNUr da mase, CikNur kemas la meja 2 t hehehe...
lau bakal2 mak mertua kat luar 2 tengok, confirm reject CikNur kan.. hahahaha...
PEACE ^ (*__^) ^


Thursday, 23 February 2012

Money2.....

wah ari ni 23 hb la...
epy2... epy sal pe ni???
Ape lagi diorg kate wit PT dah msuk ler he3..

Ari ni excited g kelas awal... tp xde la awl pon, tetap kul 9 bru smpai kelas, pdhl kelas mule kul 9
hahaha... awal ke 2??? tp disebabkan lect xmasuk g... pe g... g mesin ATM la... he3
Lau ye pon, beratur la dlu CikNur oi...
dpn CikNur, mgkin dak senior kot... dgr die sembang ngan kwn2nyer, wit yuran pgjian xtolak g...
Biar Betul???? (CikNUr bmonolog sndri je)

Smpai la giliran CikNur..
Bile tgk, baki tinggal Rm1+++ je hu2....
CikNUr suh MekNina cek... die cek, Wit die da Rm 15++
Sal len plak, pdhl sme je..hu2.. Pape pon, alhamdullilah, masih da baki tuk CikNur
CikNUr tye kwn, die kate wit WPP dah ditolak...
Hurm... patutla, hu3..
Alahai.... dalam Rm1+++ tuk 4 bulan boleh ke??? hye tahan tuk 2 bulan je 2...
Lum tolak g wit dinner rm200 hu2, xtau r 2 bln tahan ke x hu3..
Terbantut niat nak beli kasut g kuliah, tpaksa la guna yang lame..
Terbantut gak niat nak belanja budak sengal 2, pdhl dah memang niat CikNUr lau wit PT masuk... Maaf sangat2, sem ni CikNur xde rezeki lebih n tpaksa bjimat... Harap t lau da rezeki lebih, CikNur belanja ye,, sebagai persahabatan kita.. Doa2 kan la.. amin.. :)

Mak, Abah....
CikNur mintak maaf, sem ni tpaksa mintak wit...
Lau leh CikNur xnak myusahkan mak ngan abah.. Xsanggup nak mintak kat abah ngan mak, tapi tpaksa gak... sem ni banyak gune wit... hu2
Ya Allah, Ya Tuhanku,, Murahkanla rezeki keluargaku... amin...

Wednesday, 22 February 2012

Pintaku

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
tetapkanlah kemesraan antara antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Namun...
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku dan
peliharalah akju dari kecewa,
Sesungguhnya aku insan yang lemah untuk menghadapi perpisahan ini...


 TUHAN JAGALAH DIA :)