Tuesday 28 February 2012

AJAIBNYA TANGAN IBU...


Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
...
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Monday 27 February 2012

Satu Pernebangan yang Pasti :D

CikNur suka kata2 dri Ustaz Haji Mohd Zainal Mohd Khamis ni..

Bila kita akan berangkat dari alam dunia ini, ianya ibarat satu penerbangan ke sexual negara lain IAITU ALAM KUBUR DAN ALAM AKHIRAT

Dimana maklumat penerbangan ini tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan TAPI MELALUI AL-QURAN DAN AL-HADITH

Apa yang menariknya penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya IANYA ADALAH PERCUMA

Jangan risau penerbangan ini delays atau sebagainya IA BERANGKAT DAN TIBA TEPAT PADA MASANYA

Jangan bimbang tetnag tempahan tiketnya IANYA TELAH DITEMPAH SEJAK KITA DALAM RAHIM IBU LAGI

Jangan bimbang siapa yang akan duduk di sebelah kita KERANA KITA HANYA SEORANG DIRI

Dimana penerbangan ini bukannya melalui MAS, Air Asia atau Air Jordan TETAPI KENDERAAN JENAZAH

Dimana pasport kita bukannya pasport Malaysia, British atau Indonesia TETAPI AL-ISLAM

Dimana visa kita bukan sekadar 6 bulan TETAPI SELAMA-LAMANYA

Dimana baju yang kita pakai bukanya berjenama TETAPI KAIN KAPAN BERWARNA PUTIH

Dimana pewanginya bukan lagi Dunhill, Echanter TETAPI AIR MAWAR DAN MINYAK ATAR

Dimana destinasi kita mendarat bukanya KLIA atau Jeddah International TETAPI TANAH PERKUBURAN

Dimana bekalan kita bawa bukannya beg seberat 23Kg TETAPI AMAL IBADAT

Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik beraircond, VIP atau VVIP TETAPI BILIK 6 KAKI DALAM 3 KAKI LEBAR DAN GELAP GELITA

Dimana pelayannya bukan lagi pramugari yang cantik jelita dan pegawai imegresen, pihak polis atau kastam TETAPI MUNGKAR DAN NANGKIR

Dimana ia akan memeriksa samaada layak ke destinasi yang diidamkan bukan lagi Disneyland, Paris, London TETAPI SAMA ADA KE SYURGA ATAU NERAKA

SUDAHKAH KITA BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI!!
IA DATANG TANPA AMARAN HANYA MENUNGGU KEHADIRAN IZRAIL

:D

Tanda2 Akhir Kematian Kita

Tahun pas CikNur da tengok 1 cite drama ni..
tjuk cite tu "100 Hari Kematian" kat RTM1 sempena raya haji kot.., hero drama ni Zulhuzaimi.. best la cite ni... dalam mase setahun tu, 2kali cite ni ditayangkan,.
CikNur citekan serba sedikit ye...

Tanda 100 hari ( 3 bulan 10 hari) sebelum hari mati
Ini tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun, semua umat Islam akan mendapat tanda ni cuma bezanyer dalam keadaan sedar mahupun tidak..Tanda Ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.. Getaran ini akan hilang setelah seseorang itu sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau dihanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap. Bagi yang sedar kehadiran tanda ini akan, mengambil peluang untuk memanfaatkan untuk mempersiapkan diri untuk bekalan ke akhirat.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita, antaranya mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan mereka yang terpilih akan berasa sedikit bingung. Adapun malaikat maut cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah atau kesakitan di mana orang sakit yang tidak mahu makan secara tiba-tiba ianya berselera untu makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati
Pada ketika ini terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita. Ketika ini juga, mata hitam tidak akan bersinar dan nagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya akan terlunjur perlahan-lahan akan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar, akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir hari kematian
Berlaku keadaan akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, kita hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 "Sesungguhnya Mengingati Mati itu Adalah Bijak"

Ambil dari petikan buku Kursus by Uztaz Haji Mohd Zainal b. Mohd Khamis

 Selamat Beramal :)

Sunday 26 February 2012

Jenazah??? Mayat????

Arghhhhh!!!!!!!!!!
Dah la CikNur seorang yang lemah semangat... :(
CikNur terpaksa hadapi semua tu.....
nape plak???
Sebab........... CikNur.......
Hadiri KURSUS PENGURUSAN JENAZAH hari ini...
Anjuran Kelab Balai Islam KK9.. hehehehe

CikNur memang nak masuk sangat... Walaupun tahu diri ini seorang yang lemah semangat tapi gagahkan juga.. :)
Sebab nak tambahkan ilmu dan pengetahuan CikNur...
Nanti CikNur boleh berjasa pada mak, abah, adik2, sedara-mara, dan I/Allah pada seluruh muslim dan muslimat...
Tak sia-sia CikNur hadir, banyak ilmu yang CikNur dapat.. semoga CikNur dapat amalkan..

Sesi pagi cuma sebagai penerangan je, not bad la.. tapi mate ni nak terlelap gak la hehehe..
Sesi petang tu yang best sebab da praktikal, tapi CikNur takut..
Ustaz yang mengendalikan kursus ni cakap, semua ahli kene rase jadi mayat... sebelum tu kami semua telah dibahagikan kepada 11 kumpulan..

TIDAK MUNGKIN!!!!!!!!!!!!!!!!
tapi kan... sorang2 jd mayat, mule2 cema belajar kafankan je... pas 2 suh masukkan dalam keranda plak..
Pergh.. mantap la, makin kuat badan ni menggigil... pas ketua suh CikNur plak jd mayat, tapi CikNur mintak maaf sangat2 la, coz memang xkuat... huhu...
Jadi terlepas.... :)
Kursus ni mule kul 8.30 pagi dan berakhir kul 5.00 petang..
Alhamdullilah, ari ni CikNur dapat tamabahkan ilmu sedikit...




"INGAT MATI ADALAH SATU TUNTUTAN"

Friday 24 February 2012

Meja Study ku :D

Malas nak tulis banyak,
tengok jela sendiri kat bawah ni...
tapi jangan terkejut dan pengsan plak ye.... he3


ni jadual kuliah CikNur tuk sem ni : D





ni la meja study CikNur.. kemas kan... macam2 ada... he3
ade lagi stok makanan tapi letak tempat tersorok la.. t lau tunjuk tkejut plak he3....

Nak tengok bilik CikNur?????
hahaha... xpayahla, t pengsan plak hehehe....
t lau CikNUr da mase, CikNur kemas la meja 2 t hehehe...
lau bakal2 mak mertua kat luar 2 tengok, confirm reject CikNur kan.. hahahaha...
PEACE ^ (*__^) ^


Thursday 23 February 2012

Money2.....

wah ari ni 23 hb la...
epy2... epy sal pe ni???
Ape lagi diorg kate wit PT dah msuk ler he3..

Ari ni excited g kelas awal... tp xde la awl pon, tetap kul 9 bru smpai kelas, pdhl kelas mule kul 9
hahaha... awal ke 2??? tp disebabkan lect xmasuk g... pe g... g mesin ATM la... he3
Lau ye pon, beratur la dlu CikNur oi...
dpn CikNur, mgkin dak senior kot... dgr die sembang ngan kwn2nyer, wit yuran pgjian xtolak g...
Biar Betul???? (CikNUr bmonolog sndri je)

Smpai la giliran CikNur..
Bile tgk, baki tinggal Rm1+++ je hu2....
CikNUr suh MekNina cek... die cek, Wit die da Rm 15++
Sal len plak, pdhl sme je..hu2.. Pape pon, alhamdullilah, masih da baki tuk CikNur
CikNUr tye kwn, die kate wit WPP dah ditolak...
Hurm... patutla, hu3..
Alahai.... dalam Rm1+++ tuk 4 bulan boleh ke??? hye tahan tuk 2 bulan je 2...
Lum tolak g wit dinner rm200 hu2, xtau r 2 bln tahan ke x hu3..
Terbantut niat nak beli kasut g kuliah, tpaksa la guna yang lame..
Terbantut gak niat nak belanja budak sengal 2, pdhl dah memang niat CikNUr lau wit PT masuk... Maaf sangat2, sem ni CikNur xde rezeki lebih n tpaksa bjimat... Harap t lau da rezeki lebih, CikNur belanja ye,, sebagai persahabatan kita.. Doa2 kan la.. amin.. :)

Mak, Abah....
CikNur mintak maaf, sem ni tpaksa mintak wit...
Lau leh CikNur xnak myusahkan mak ngan abah.. Xsanggup nak mintak kat abah ngan mak, tapi tpaksa gak... sem ni banyak gune wit... hu2
Ya Allah, Ya Tuhanku,, Murahkanla rezeki keluargaku... amin...

Wednesday 22 February 2012

Pintaku

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
tetapkanlah kemesraan antara antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Namun...
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku dan
peliharalah akju dari kecewa,
Sesungguhnya aku insan yang lemah untuk menghadapi perpisahan ini...


 TUHAN JAGALAH DIA :)





Tuhan Jagakan Dia ( isi hatiku)

Sunday 19 February 2012

Mungkin Pertemuan Terakhir

Dari malam semalam CikNur xboleh tidur...
Otak ligat pikrkan macam2 masalah n cari jalan penyelesaian hubungan CikNur ngan Mr.M..
CikNur cuba luahkan
Jam kul 3.30 pagi, mate tetap xboleh pejam, CikNur try tepon Mr. M coz nak sangat cakap hal ni....
Banyak kali tepon, tetap xangkat, mungkin dah tido...

Jam Kul 7.oo pagi, selesai menunaikan solat, CikNur terus tepon Mr.M..
2 kali tepon, tapi xangkat.. CikNur tepon lagi dan akhirnye angkat gak..
CN : salam, dah bangun ke??
Mr.M : wslm, dah... npe ni pagi2 tepon..
CN : nak tanye, t antar adik balik USIM kul bpe??
Mr.M : mungkin kul 10 t.
CN : pas 2 terus balik ke??
Mr.M : aah, npe??
CN : hurm.. Nrl cdg nak jmpa abg,.. adik xbeli buku ke??
Mr.M : Xtau die, t abg tye die..
CN : hurm k..

CikNur tunggu jawapan Mr.M.. Dalam hati, lau xjadi pun xpela, redha.. Jam dah kul 7.45pagi, masih xde respon dari Mr.M.. CikNur dah give up.. CikNur nak jumpa Mr. M sangat2 coz nak tunaikan janji belanja die buku n nak setlekan masalah... Mungkin juga unutk pertemuan terakhir..
Jam kul 8.35 pagi, Mr.M antar mesej.. Die kate i/allah jadi n nak gerak dah..
Dalam hati CikNur lega sangat2.. Pjalanan dari Nilai ke Kl amik mse 1jam setengah, so.. bek CikNur siapkan keje iaitu.... menaip surat sumbangan..
Sebenarnye, pagi ni CikNur xsihat sangat2, demam n sakit kepala.. tapi gagahkan juga.. Asik kuar masuk tandas je... badan xsedap sangat2...
Jam dah 9.30 pagi ni, alamak xmandi lagi ni, mesti Mr. M dah nak smpai... balik dr bilik air, da mesej dr Mr.M kate dah de kat dpn pagar... pe lg, cpt2 la siap hu3...

CikNur berdebar nak bhadapan dengan die, xtau nak cakap pe... Tapi CikNur cuba tuk senyum n xde pape yang berlaku.. Mr. M datang dgn Patim (adik), wt cam bese jela...
Kami hanye mampu g Mid je tuk jimatkan mase yela jam pun dah kul 10 pagi..
sepanjang keluar 2, CikNur hanya mampu "senyum" tu sedapkan ati semua orang..
Mase makan t/hari, mate CikNur da tpandang di satu sudut yang myakitkan ati... terlalu sakit, rase cam nak nagis je tp cuba kuatkan hati...

Pe yang CikNur nampak?????....

CikNur nampak, cincin yang selama ni kepunyaan dan CikNur pakai selalu.. b'ada di jari adik Mr.M.. dah xterungkap kate2 ble nampak 2, CikNur tpaksa wat2 xnampak n xtau..
Sedih xthingga, tguris ati... badan xsihat menjadi btambah x sihat.. nak pengsan je rasenyer...
Kul 2.00 petang da setle semue,,
Masa nak balik... hanya ucapan terima kasih yang dapat diungkapkan oleh Mr.M.. CikNur masih xdapat membincangkan perkara penting ini sebab adik die ade...
Masih hampa, CikNur harap lau Mr.M mau kembalikan cincin 2, tapi nampaknyer x...
CikNur sedih n terpaksa bersabar...

CikNur cuma cakap ini mungkin perjumpaan terakhir kite.... Mr. M cakap, dah xsudi ke???
CikNur cume gtau ini jua yang abg nak..
Harap CikNur dapat mengharungi semua dugaan... amin..

Saturday 18 February 2012

Malam yang......

Alhai... Dah kul 1 pagi ni..
Mate xngantuk lagi...
Sorang2 duk dalam bilik, melayan perasaan...

Malam ni malam yang...
Tak Tau nak cakap...
CikNur terlalu rindukan Mr.M..
Terlalu sangat...
CikNur xdapat bendung rindu n terpaksa contact Mr. M... bagi mesej, tp 1 pun xreply,..
CikNur try tepon.... Mr. M angkat....
Xtau nak cakap pe, rndu sangat dgn suare 2.. CikNur sedih sangat2 smpai nagis,,,
Ciwek kan CikNur.. itulah diri CikNur, CikNur lemah..
Lemah segaLA-GALANYA...

CikNur luahkan segala2 yang tersirat dalam hati ni... tapi Mr. M bagi respon yang negatif..
CikNur tye Mr. M dalam sehari memang xingat CikNur ke??? Mr. M jawab hnye mmpu tgk mesej dr CikNur je... CikNur tye lagi, lau CikNur xantar cmne plak?? Mr. M jawab, mmg xingat la...
Ya Allah, pe dugaan yang CikNur kne Hadapi ni... Ya Allah, kuatkan hati CikNur..
Makin down semangat CikNur..
CikNur terasa terhegeh sangat2... CikNur rase bertepuk sebelah tangan...
Nape Mr.M dah xnak layan CikNur seperti dulu g... CikNur hanye mahukan komunikasi yang epy, ceria..
Tapi semua 2 dah xde!!!!!
Tiap Malam CikNur ingat Mr. M n akan nagis...
Sampai ble CikNur camni....

Ya Allah, jika betul die bukan jodohku, bantulah hambamu ini untuk melupakannya dan jauhkanla dari ingatanku.. sesungguhnya, ak dah xsanggup hadapi semua ni...
Ya Allah, berikanlah ak kekuatan, ketenangan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujianMu ini...

Monday 13 February 2012

Yeke, Boleh percaye ke ni????


Ape ke halnyer 2??? Sal pe 2???

Hehehehe…. Sebenarnyer….
Ari ni 13 Feb dah mule Sem 4… J
So, bile CikNur bangun pagi2, dah pasang niat… Niat pe??
Niatnyer… nawaitu somaghudin.,. eh2, bukan niat 2 la…
Niat sebenarnyer… Azam Baru, Semangat Baru la… hik3… J

Kelas pertama ari ni kul 10.00 a.m, kelas Pelan pembangunan yang diajar oleh Prof R (lecturer tegas tp best J ).. Excited ni… disebabkan berat badan dah naik, so azam baru nak jd “slim”, (Yeke, boleh pcaye ke ni???) hik3… pagi2 dah kena jalan kaki, penat… fuh, jgn megeluh la CikNur oi…..  masuk kelas, tunggu lecturer… tggu punyer tggu, kelas xde, lecturer da meeting, kak kerani suh sian attendance.. ok gak 2 kan hik3…

Kelas seterusnya kul 11.00 a.m.. ,asih awl g ni, cadang nak g
pejabat dekan nak tanye sal jam kredit… mase “otw” nak ke
pejabat, tibe2 da sore panggil CikNur… Rpe2nyer, Mek Ros n
Mek Ila yg pggil.. pe lg.. trus g kat diorg la…. Sembang2 jap
sementara 2orang mek ni tggu lecturer masuk.. he3
Sebenarnyer, kelas seterusnyer ni, kelas Isu-isu maritime, Dr
H yg ajar…  Mase sem 3 g Dr H dah ngajar CikNur subjek
pelancongan maritime… maritime lg…. bukan pe, CikNur
memang minat sangat hal-hal maritime ni… so nak teruskan
amik subjek maritime la..
Sebenarnyer kan.. niat di hati nak ponteng kelas Dr H ari ni,
xready nak ngadap Dr H.. hu3..

Aik?? Sebab pe plak ni???
Sebabnyer, mase sem 3, CikNur dah wat perkara yg amat
bodoh n cuai sangat2 hu3.. xtau r cmne, CikNur boleh
xdatang exam subjek 2, terkilan yg amat2… kan dah gagal
tanpa sebab yg kukuh.. result pn dpt…erm, boleh la tapi
syukur n alhamdulillah sangat2 coz result CikNur masih
boleh tahan… So, kelas DR H ari ni CikNur ponteng… maaf
ye hik3…

Aik??? Xserik2 g ke??? (kate2 Mr.Z)
Mane Azam Baru n Semangat barunyer… Hangat2 tahi ayam
betul la CikNur ni.. He3… bukan cm 2, cme xready je… hu3..

Kali ni je… Mase akan datang, i/allah CikNur xwat g, k!!!!
Semoga Azam Baru n Semangat Baru 2 kekal hingga hujung
sem jangan awal2 sem je, ok!! Paham ye CikNUr!! He3..
                            
                                   Chaiyok2 CikNur… J

Sunday 12 February 2012

Tak Sanggup Berpisah

Mr. M,
Kita dah lama menjalinkan hubungan,
Hampir 6 tahun,
Hingga kini CikNur ingat akan Awal perkenalan kita,
Terlalu banyak suka, duka, dan dugaan kita hadapi bersama,

Abang,
Terlalu sukar untuk kita berpisah,
Terlalu sukar untuk CikNur berjauhan dengan abang,
Terlalu banyak memori kita bersama yang telah dicipta,
Banyak tempat telah menjadi saksi dan dijadikan sebagai memori,

Mr.M,
awak telah banyak memberi nasihat dan semangat kepada CikNur sepanjang CikNur berada di UM ni, Tapi kini, tiada lagi semua itu...
awak seorang yang ceria, telah banyak menceriakan diriku dengan gelagatmu...
Tapi kini, tiada lagi keceriaanmu, hanya kesedihan yang menemaniku..
awak terlalu baik, banyak jasa dan pengorbananmu untuk hubungan dan diriku..
CikNur ridukan semua itu...

Abang,
CikNur sayang dan rindukan abang sangat,
CikNur harap sangat abang seperti dulu yang menceriakan dan memberi semangat kepada CikNur,
CikNur hanya mahukan komunikasi seperti dulu..
CikNur harap kita boleh menghadapi segala dugaan dan rintangan hubungan kita, tapi CikNur tak kuat menghadapi seorang diri,
CikNur berat hati tuk melepaskan abang, namun terpaksa..

Abang,
maafkan segala kesalahan CikNur selama kita berkawan,
halalkan makan dan minum CikNur,
CikNUr doakan abang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipelihara olehNya..
CikNur redha dan pasrah jika hubungan kita sampai saat ini saja,
Abang, tetap dalam hati CikNur...
Love u so much....

Saturday 11 February 2012

Kesepian..

Pada 11/2/2012 (sabtu), Jam 11 a.m..
2 tiket bas pulang CikNur ke KL la...

Sebelum 2,
Sepanjang cuti sem berlalu selama 3 minggu, hubungan CikNur dengan Mr.M dingin sangat2..
Mr.M x "contact" CikNur pon... CikNur rindukan dia, kadang2 CikNur tetap antar mesej n tepon die.. Kadang2 Mr.M xbalas n xjawab pun... ble blas, hye 1 perkataan n sekali dua je, bile angkat tpon xde lagi kemesraan dan gurauan dgr dr die... CikNur pon xtau nak sembang ape n rase Mr.M xmcm dulu.. Hati ni sedih sangat2... Mr.M kate nak b'ubah, xpela CikNur ikut cara die.. CikNur sedih sangat sebab die langsung xantar mesej w/pun 1, CikNur risau n nak tau sangat2 sal khabar die...
2 hari sebelum balik KL, CikNur da gtau kat Mr.M yang CikNur dah nak balik.. CikNur nak tau sangat pe respon die, tapi hampa sepanjang 2 hari tu gak die xcontanct CikNur.. CikNur anggap die xakan datang sebab die seorang agak pelupa tapi terlalu mharap die datang walau sekejap..

Tiba waktunyer.. CikNur menanti mesej dari die jg sebelum CikNur balik..
Tapi jawapan yg sama, xde gak... mak antar CikNur sampai selekoh... kat Selekoh CikNur naik teksi smpai kat bus stop... Jam kul 10.00 pg, da mse g sejam, CikNur menuggu mesej dan kehadiran Mr.M... CikNur pujuk kan hati, supaya sabar... Jam dah mnunjukkan kul 10.30, masih tiada g, air mata CikNur dah nak m'alir, hampir "give up"... jam berdetik menuju ke arah 10.45, tapi masih xda gak hati semakin bdebar.. kali ni CikNur dah "give up" sangat2.. masa CikNur nak bangun dari tempat duduk, tiba2 da suara bagi salam.. CikNur tkejut, akhirnyer Mr.M datang gak, hampir menitis air mata tapi tpaksa btahan xnak die nampak... Bas KL dah sampai n nak gerak, CikNur tpaksa kejar bas xnak ketinggalan.. CikNur xsempat nak bsembang dgn die, sebelum nak naik bus CikNur jumpa die n pulangkan cincin.. Reaksi die tkejut..
CikNur pun teruss naik bas n tunggu mesej dari die kalau2 die nak CikNur turun, tapi nampaknya terlalu tinggi harapan CikNur.. CikNur dapat seat sebelah tingkap, so CikNur memerhati die kat luar.. CikNur sedih sangat smpai menitis air mate tlalu deras cm air terjun, riak wajah Mr.M pon sedih..
"abang, nurul terlalu rindukan abang, npe abang dtg lambat, npe abang xnak halang nurul" hanya ungkapan dalam ati CikNur je,.

Bas pun bgerak, CikNur menanti mesej dari Mr.M, tapi xda, CikNur tpaksa memulakan antar mesej mintak maaf n halalkan makan minum...
Mr.M : Ape makne smue ni??
CN : Paham2 kan jela
Mr.M : Awk dh xsudi trima b ker??
CN : bukan xsudi, tp abg yg dah xtrima nurul.. nurul doakan b dapat jumpa perempuan yang lebih baik, nurul nak b lupekan nurul..
Mr.M : Sukar tuk mbuang sgala2nyer..

mesej Mr.M kali ni btukar kpda seperti dulu, ayat manis.. lega sedikit hati ni.. tapi CikNur kena bhati2 gak takut hye sbga tuk manipulasikan CikNUr je huhuhu....
.......................................................................
CikNur sygkan Mr.M sangat2... CikNur tau die nak b'ubah kearah yg betul... CikNur sokong, tapi CikNur xsanggup nak hadapi dalam mase 2,3 tahun tanpa komunikasi n hubungan tgantung... CikNur tpaksa wat keputusan tuk memtusskan hubungan kami selama hampir 6 tahun dibina.. gpun niat CikNur spya die lupekan CikNur n kahwin dgn prmpuan yg baik.. CikNur xnak tengok die menderita n tseksa tuk mnggu CikNur lgi, cukupla 6 tahun yg telah mwatkan kehidupan Mr.M xt'urus.. Mr.M minta peluang untuk die cuba mban2 CikNUr, CikNur boleh bg tp takut die sia-siakan pluang 2...
CikNur lemah sangat2, kepala trlalu sakit n tiada lg semangat nak truskan pjuangan seorang diri... CikNur seperti mahu bhenti separuh jalan je... Kdayah marah CikNur, "jgn wat pkara bodoh yg boleh mrosakkan mase depan ko dsebabkan laki 2... bangunla!! jgn jadi lembik sangat"... sedih mdengar... tapi amat bermakna, tq kDayah..

Jam 1.30 ptang CikNur selamat smpai kolej... Kat dalam bilik ada Nina n K .wana (roomate).. CikNUr letak beg n terus pejamkan mata, tapi sebelum 2 CikNur dah tepon mak gtau dah smpai..
Nina : Ni nape terus baring ni n senyap je...sejak bile ko jadi pdiam??
CN : aku kan memang pdiam (smbil tsenyum)..
Nina : Xde makna ko 2 pdiam, aku dh knl sgt2 dgn ko ni... ni tutup2 muke ni...ni mesti ade pape ni..
CN : (hye mmpu diam, n still menangis)..

CikNur hye mampu menangis, menangis n terus menangis... CikNur rindukan Mr.M n antar mesej..
CN : awk, leh x kite jumpa sok
Mr.M : i/allah lau da rzeki..
jawapan Mr.M sdkit sebanyak telah mmberi harapan n semangat kpd CikNur... CikNUr harap leh jumpa sangat2 coz CikNur nak setlekan sgala2nyer n mungkin sbgai ptemuan t'akhir..
-------------------------------------------------

Jam menuju ke 9.30 malam, lupe plak CN xmakan n mandi g coz tlalu sedih.. so CikNur pergi mbersihkan diri n sebelum 2 nk siap2 download cite "bicara Hati", hati CikNur dah xbsedih lg, coz ade sinar harapan.. Setelah balik dr bilik air, CikNur tgk hp da mesej dr Mr.M...
Mr.M : B gerak malam ni yer.. doakan selamat smpai
CN : Eh, gerak sok pg jela, bhya malam2...
Mr. M : hurm, ok..
Cn : tq
Malam ni makan megi jela 2pun mintak kat k.wana.. xde selera sangat sambil tgk cite BH tu..

Jam kul 12.00 mlm, CikNur mesej la Mr.Z tuk mluahkan ksedihan hati ni.. Macam2 die bagi nasihat n watkan CikNur tertanye2.. Mr.Z kate ego CikNur trlalu tinggi n suh kurangkan ego 2.. CikNur rase ego CikNur xde dah.. kat mane ego 2???
Jam menunjukkan kul 3.00 pg, tibe2 dapat mesej dari Mr.M..

Mr.M : b mintak maaf sangat2.
CN : tuk pe?
Mr.M : b tlalu banyak dosa dengan awk.
CN : hurm, g r tido
Mr.M : xbleh tido.
CN : npe??
Mr.M : ------------------

------------------------------------------

JAm 7.00 pagi...
CN : jd dtg x?? (CN xmharapkan coz cara die msj mlm td)
Mr.M : b mintak maaf..
CN : xdtg?
Mr.M : kite kena jg bts2, mggu depan jela ye lau b da mse lapang..
CN : xpela, xpyhla.. mf myusahkan awk.. tima ksh sglanyer, nrl cme nak kan kmbli smagt nrl, tp awk xnk tlg, xpela salam
Mr.M : maaf sangat2, kepala b sakit sangat2 n perlukan rest..

CikNur keliru dgn sikap Mr.M... sangat2 sedih n kembali sedih... air mate laju keluar.. n nekad dlm ati tuk mlupakan Mr.M terus... Semangat CikNur kembali hilang n lemah..
CikNur mesej dengan k.kiah n naim.. tuk meminta pendapat... K.Kiah byk bg pandangan n telah mgurangkan kesedihan dihati ini...
CikNUr cntact jug ngan Kdayah, tapi kdayah sibuk... contanct ngn Mr.Z... Die Ni sengal la, tp thanks a lot coz tlh mgurangkan kesedihan...
CikNur amik keputusan tuk mlepaskan n mlupakan Mr.M n pada mse yg sama msh mharap tindakan positif dr die.. lau xde, tpaksa bebincang dengan family..CikNur tekad tuk mcari jalan yang benar, n mencari semnagat yg telah hilang tu... tibe2 CikNur rindukan mak sangat2, perlukan mak sangat2.. nak tepon, xsedia coz masih sedih n xnak mak susah hati... pape pon CikNUr akan cuba tuk Bangkit Semula...
CikNur nak ucapkan terima kasih banyak2 atas nasihat n kceriaan yg telah diberikan oleh Mak, K.Dayah, K.Kiah, Naim, Mr.Z n secara xlangsung Kepada Nina, Ros, Kwana... CikNUr harap sangat2 doa kalian tuk mdoakan agar CikNur dapat hadapi sgala dugaan ini dengan tenang n kuat... mudah2an, amin...

Mr.M, awak tetap di hati CikNUr smpai bile2, CikNur tlalu sayang kamu n sanggup tuk mlepaskan kmu demi kebahagiaan kamu... semoga kmu jumpa girl yang lebih baik n solehah... amin...

Assalamualaikum, Pembuka Bucara

Selamat pagi semua...

CikNur mengharapkan pagi ini cahaya bersinar indah,
CikNur juga mengharapkan diri ini diberi semangat dan azam yang baru setelah menghadapi satu demi satu dugaan yang telah menimpa...
Mudah2an, CikNur dapat cahaya itu...