Monday 27 February 2012

Tanda2 Akhir Kematian Kita

Tahun pas CikNur da tengok 1 cite drama ni..
tjuk cite tu "100 Hari Kematian" kat RTM1 sempena raya haji kot.., hero drama ni Zulhuzaimi.. best la cite ni... dalam mase setahun tu, 2kali cite ni ditayangkan,.
CikNur citekan serba sedikit ye...

Tanda 100 hari ( 3 bulan 10 hari) sebelum hari mati
Ini tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun, semua umat Islam akan mendapat tanda ni cuma bezanyer dalam keadaan sedar mahupun tidak..Tanda Ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.. Getaran ini akan hilang setelah seseorang itu sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau dihanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap. Bagi yang sedar kehadiran tanda ini akan, mengambil peluang untuk memanfaatkan untuk mempersiapkan diri untuk bekalan ke akhirat.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita, antaranya mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan mereka yang terpilih akan berasa sedikit bingung. Adapun malaikat maut cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah atau kesakitan di mana orang sakit yang tidak mahu makan secara tiba-tiba ianya berselera untu makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati
Pada ketika ini terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita. Ketika ini juga, mata hitam tidak akan bersinar dan nagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya akan terlunjur perlahan-lahan akan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar, akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir hari kematian
Berlaku keadaan akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, kita hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 "Sesungguhnya Mengingati Mati itu Adalah Bijak"

Ambil dari petikan buku Kursus by Uztaz Haji Mohd Zainal b. Mohd Khamis

 Selamat Beramal :)

No comments:

Post a Comment