Monday 27 February 2012

Satu Pernebangan yang Pasti :D

CikNur suka kata2 dri Ustaz Haji Mohd Zainal Mohd Khamis ni..

Bila kita akan berangkat dari alam dunia ini, ianya ibarat satu penerbangan ke sexual negara lain IAITU ALAM KUBUR DAN ALAM AKHIRAT

Dimana maklumat penerbangan ini tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan TAPI MELALUI AL-QURAN DAN AL-HADITH

Apa yang menariknya penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya IANYA ADALAH PERCUMA

Jangan risau penerbangan ini delays atau sebagainya IA BERANGKAT DAN TIBA TEPAT PADA MASANYA

Jangan bimbang tetnag tempahan tiketnya IANYA TELAH DITEMPAH SEJAK KITA DALAM RAHIM IBU LAGI

Jangan bimbang siapa yang akan duduk di sebelah kita KERANA KITA HANYA SEORANG DIRI

Dimana penerbangan ini bukannya melalui MAS, Air Asia atau Air Jordan TETAPI KENDERAAN JENAZAH

Dimana pasport kita bukannya pasport Malaysia, British atau Indonesia TETAPI AL-ISLAM

Dimana visa kita bukan sekadar 6 bulan TETAPI SELAMA-LAMANYA

Dimana baju yang kita pakai bukanya berjenama TETAPI KAIN KAPAN BERWARNA PUTIH

Dimana pewanginya bukan lagi Dunhill, Echanter TETAPI AIR MAWAR DAN MINYAK ATAR

Dimana destinasi kita mendarat bukanya KLIA atau Jeddah International TETAPI TANAH PERKUBURAN

Dimana bekalan kita bawa bukannya beg seberat 23Kg TETAPI AMAL IBADAT

Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik beraircond, VIP atau VVIP TETAPI BILIK 6 KAKI DALAM 3 KAKI LEBAR DAN GELAP GELITA

Dimana pelayannya bukan lagi pramugari yang cantik jelita dan pegawai imegresen, pihak polis atau kastam TETAPI MUNGKAR DAN NANGKIR

Dimana ia akan memeriksa samaada layak ke destinasi yang diidamkan bukan lagi Disneyland, Paris, London TETAPI SAMA ADA KE SYURGA ATAU NERAKA

SUDAHKAH KITA BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI!!
IA DATANG TANPA AMARAN HANYA MENUNGGU KEHADIRAN IZRAIL

:D

No comments:

Post a Comment